Follow Kami
Copyright 2021 © Crafted with ❤ by Adjem's Creative
Saya Azmawati Zohri, pemilik syarikat Adjem’s Creative dan pengasas HomeBizOnline.My
Saya merupakan Ibu kepada 4 orang cahayamata. Mempunyai jawatan tetap sebagai Household Managing Director sambil menjalankan bisnes online sejak dari tahun 2006 lagi sebagai pengasas MySabun.Com. Saya mengajar dan membekal bahan mentah untuk buat sabun cenderahati dan sabun kecantikan homemade. Anda boleh lihat pelbagai koleksi majalah dan sedutan rancangan TV yang telah memaparkan berkenaan kisah saya dan bisnes sabun saya di sini
Saya Azmawati Zohri, pemilik syarikat Adjem’s Creative dan pengasas HomeBizOnline.My
Saya merupakan Ibu kepada 4 orang cahayamata. Mempunyai jawatan tetap sebagai Household Managing Director sambil menjalankan bisnes online sejak dari tahun 2006 lagi sebagai pengasas MySabun.Com. Saya mengajar dan membekal bahan mentah untuk buat sabun cenderahati dan sabun kecantikan homemade. Anda boleh lihat pelbagai koleksi majalah dan sedutan rancangan TV yang telah memaparkan berkenaan kisah saya dan bisnes sabun saya di sini
Walaupun bisnes saya berkaitan dengan produk sabun dan kraf, minat sebenar saya adalah merekabentuk & pembangunan laman web. Saya membangunkan sendiri laman web https://mysabun.com.my dan saya jadikannya sebagai tapak utk asah skill saya dalam website design.
Dengan adanya website, saya mampu beroperasi 100% secara online dan hanya berjumpa pelanggan berdasarkan temujanji sahaja dan tidak menerima walk in customer.
Walaupun anda popular di media sosial, anda masih juga perlukan website. Website berfungsi sebagai ruang perniagaan anda di internet. Sekiranya website tersebut dilengkapi dengan sistem pembelian dan pembayaran atas talian, ia akan lebih memudahkan hampir 80% urusan perniagaan anda. Anda tidak perlu lagi melayan pelanggan dan cerita berkenaan produk secara berulang-ulang. Anda hanya berikan link website, pelanggan tersebut boleh baca setiap detail info dari A-Z berkenaan diri dan produk anda.
Bukan itu sahaja, semua info yang anda letak di website tidak akan tenggelam dan akan timbul semula sekiranya ada yang membuat pencarian menggunakan keyword yang anda pilih.
Berlainan halnya di media sosial, sekiranya anda tidak aktif semua post, gambar dan info yang anda kongsikan akan terus tenggelam dan hilang.
Baca kepentingan Website Vs Media Sosial
Klik sini untuk lihat pakej website yang kami tawarkan
Saya juga membangunkan website HomebizOnline.My & Adjemz.Com
Platform-platform ini khas untuk anda yang masih baru dalam dunia bisnes online, buntu & sedang mencari-cari peluang dan panduan untuk bermula
Sekiranya anda mahu
1. Tambah pendapatan diri sendiri & keluarga,
2. Bersara tanpa perlu risau pasal duit (untuk anda yang masih bekerja makan gaji)
3. Jaminan kerjaya kerana kemungkinan akan diberhentikan kerja
4. Ingin mewariskan perniagaan pada ahli keluarga
Bersedialah dari sekarang sebelum anda terlambat dan ketinggalan. Walaupun dengan kemelut pendemik COVID 19 & kemerosotan ekonomi, dunia perniagaan digital semakin berkembang. Semua telah beralih kepada perniagaan online yang lebih fleksibel dan boleh diautomasikan mengikut keperluan anda.
Jadi nasihat saya, gunakan peluang yang masih ada untuk bertindak.
Saya bekerjasama dengan Pakar & Team Online Marketing, pemilik-pemilik bisnes online dan kini dalam proses mengumpulkan pelbagai Panduan Ebook Ilmu Bisnes, kelas Coaching Bisnes Online dan Video tutorial untuk anda. Anda boleh pilih dan belajar pelbagai ilmu bisnes, kemahiran, panduan langkah demi langkah untuk setup bisnes online anda sendiri. Pilih sahaja mana yang bersesuaian dengan minat, kebolehan dan bajet anda di sini. Koleksi akan ditambah dari masa ke semasa. Jadi jangan lupa untuk bookmark website ini.
Anda perlukan team bimbingan profesional & berpengalaman untuk memberikan panduan & bantu anda menjalankan perniagaan online dengan betul. Join kelas online group atau personal coaching. Kami akan bimbing anda dari zero ke hero!
Baru dalam bisnes online? Mahu jimat kos pengiklanan? Sertai komuniti perniagaan online kami di Adjemz.Com.
Platform komuniti jualan ini ditubuhkan bagi memberikan ruang dan peluang kepada peniaga memasarkan produk, perkhidmatan dan kemahiran mereka secara online. Kumpulan bimbingan juga disediakan bagi membantu peniaga memaksimumkan keuntungan perniagaan mereka di adjemz.com
Klik pada setiap gambar untuk lihat kandungan.
Kongsi