Apa itu SEO (Search Engine Optimization)
SEO = Search Engine Optimization
SEO adalah salah satu cara untuk anda memperkenalkan website anda kepada lebih ramai orang dan mendapat trafik secara organik (orang masuk ke website tanpa perlu bayar iklan) dari engin pencarian –Google / Yahoo / Bing.
Sekiranya anda ingin menempah Website, pastikan ia SEO Ready supaya anda boleh set keyword (kata carian) untuk memudahkan enjin carian tahu tentang website anda.
Lihat video ini untuk penjelansan terperinci tentang SEO
Bagaimana Ia Berfungsi?
Enjin carian ini akan memilih website-website untuk dipaparkan mengikut keyword tertentu yang telah ditanam/diset pada setiap halaman page atau blog post website tersebut.
Contohnya : Katakan anda telah menulis satu blog post berkenaan pengalaman anda Makan Kuih Keria Sedap Kampung Ketayap, Kedah
Anda perlu set keyword seperti
1) “Kuih Keria Sedap di Kedah”
2) “Kuih Sedap di Kedah”
3) “Makan Kuih Keria Sedap di Kedah”
Sekiranya ada orang menaip perkataan cth: Tempat Makan Sedap di Kedah, di Google, engine pencarian ini akan membuat pencarian dan memaparkan post yang berkaitan dengan pencarian tersebut. Oleh kerana blog post anda telah menanam dan set keyword yang seakan sama, blog anda akan dipaparkan pada pencarian ini.
Cara Tersenarai Di Halaman Utama Google
Matlamat syarikat enjin carian adalah untuk memberi maklumat terbaik berdasarkan carian pengguna.
Enjin carian ini akan menggunakan algorithm yang “memberi markah” kepada website yang mereka jumpa. Website yang mempunyai “markah tinggi” bakal menduduki posisi tinggi di dalam keputusan carian.
Antara usaha yang boleh anda lakukan untuk memastikan website anda mempunyai markah yang tinggi adalah dengan membanyakkan kandungan yang bermutu di website. Anda juga perlu memastikan setiap kandungan mudah diindex oleh robot pencarian (crawler bot/spiderbot)
Cara yang terbaik adalah dengan menggunakan blog. Website yang mempunyai blog boleh mempelbagaikan isi kandungannya dan membolehkan lebih banyak keyword ditanam ke dalam website. Semakin banyak anda menulis blog semakin banyak trafik akan masuk ke website anda. Semakin banyak traffic semakin besar potensi anda untuk massyyyuuukkk….