Website vs Media Sosial

Adakah peniaga online masih perlu website kalau dah boleh biz kat media sosial?

Anda juga pasti akan berfikir 

Jawapannya macam ni…

Website , ibarat pejabat anda di internet. Anda boleh menghias pejabat tersebut dengan apa jua tema yang anda suka. Lengkapkan dengan robot2 pembantu yang boleh bekerja 24 jam untuk anda. Semuanyaa auto… 

Anda boleh pamerkan bermacam barangan dan service yang anda jual..

Anda punya pejabat! Anda boss…Anda punya  suka laa nak jual apa pun..

Sekiranya anda memilih untuk membuka kedai anda di tapak perniagaan anda sendiri, anda akan memiliki full control terhadap perniagaan anda. Anda sama sekali tidak terkesan dengan perubahan yang berlaku pada perniagaan orang lain. Perkara yang sama juga berlaku sekiranya anda mempunyai laman web, di mana anda akan mempunyai alamat perniagaan (domain)  dan tapak perniagaan anda sendiri (hosting). Dengan memiliki kedua-dua ini, anda akan ada full control terhadap perniagaan online anda.

 

 

Ya memang perlu keluarkan modal dulu untuk membangunkan website sendiri. Sama seperti anda mengubah suai & menghias pejabat anda, tetapi kewujudan website tersebut akan sentiasa menjadi milik anda dan akan  sentiasa ada selagi mana anda membayar yuran langganan domain dan hosting.

 

 

Jangan risau, yuran langganan adalah amat rendah. 

 

Klik sini untuk belajar Apa Itu  Domain & Hosting.

 

Klik sini untuk lihat Syarikat Pembekal Domain & Hosting

[hfe_template id='17761']

Berbeza dengan Media sosial (facebook, instagram dll), walaupun mudah digunakan dan tidak memerlukan pengalaman dari sudut teknikal tetapi ia masih milik orang lain. 

 

 

Anda umpama bergantung pada belas ihsan perniagaan orang lain. Sekiranya mereka tidak mahu lagi kedai anda berada dalam premis mereka, anda terpaksa keluar dan mendapatkan lokasi baru. Atau, sekiranya mereka tidak lagi mahu membuka premis mereka satu hari nanti, kedai anda juga akan kehilangan pelanggan anda.

 

Media Sosial  juga diibaratkan seperti tapak expo, bazar, yang mana pelanggan yang datang memang ramai tapi mereka mempunyai pelbagai tujuan, berlegar2, tengok2 dan membandingkan produk anda dengan orang lain..

 

Untuk menjual pulak, anda kene sentiasa perlu ada. Sentiasa perlu buat post . Post yang dibuat kene spesifik pada satu produk atau service. Kalau tak, customer yang baca tak paham apa yang anda tulis.. Banyak kerja kan… 

Pilihan Di Tangan Anda...

Sebagai pemilik bisnes, anda boleh memilih sama ada :

A) Setup kedai anda di dalam ‘kedai’ orang lain; atau

B) Setup di tapak perniagaan yang anda miliki sendiri

[hfe_template id='17761']

Peniaga yang bijak akan mengoptimumkan semua pilihan yang ada dan menjadikannya yang paling terbaik!

Ya! Gunakan kelebihan yang ada pada kedua-duanya.

Ambil contoh seperti tesco, mydin dsb. Mereka mempunyai premis yang menjual pelbagai barangan di kedai mereka. Untuk menarik orang ramai datang berbelanja, mereka membuat iklan/ flyer (ayat manizzz) dan cipta networking untuk TARIKKKK….bakal pelanggan ke permis mereka kerana di sinilaa penjualan terjadi.. 

 

Bila kita masuk, walaupun asalnya nak beli 1-2 barang.. bila keluar, macam-macam benda kita borong…

 

Itu lah juga yang perlu diaplikasikan untuk perniagaan online anda.

 

 

Jadikan website sebagai ‘hub’ perniagaan anda di mana anda boleh meletakkan semua info seperti, aktiviti perniagaan dan produk dalam satu tempat. Mudahkan pembaca melayari setiap halaman website anda dengan membina link atau butang untuk klik yang ringkas dan senang difahami. 

 

Cuba maksimumkan penggunaan  blog melalui penulisan yang lengkap, teratur dan menarik. Berkongsi pelbagai info yang bermanfaat untuk pembaca anda. Ia penting supaya pengunjung website anda tertarik untuk mengunjungi website anda berkali-kali dan seterusnya membina ‘kepercayaan’ dan akhirnya mereka akan bertukar menjadi pelanggan. 

 

Setelah semuanya selesai, gunakan Media Sosial sebagai alat untuk menarikkkk lebih ramai orang untuk masuk ke website yang telah anda bina tersebut.

[hfe_template id='17761']

Media sosial sebagai medium marketing percuma

Mana-mana kedai pun, sekiranya tanpa pengunjung ia akan tetap sendu juga. Walaupun website anda mempunyai pelbagai produk jualan,  dekorasi yang cantik dan dilengkapi dengan sistem canggih,  ia masih memerlukan satu cara untuk meramaikan lagi pelanggan masuk ke website. 

Di sinilah kelebihan media sosial perlu digunakan. Dengan media sosial, banyak perkara yang anda boleh gunakan sebagai satu bentuk komunikasi dan bina engagement dengan bakal pelanggan anda. Ianya adalah percuma!


Anda hanya perlu rajin berkongsi keratan-keratan blog post anda dan sekiranya ada yang berminat mereka akan klik terus masuk ke website. 

Sebab tu kita kena ada dua-dua.. website dan media sosial..

[hfe_template id='17751']

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *