|

5 Kesilapan Utama Ketika Memilih Produk Affiliate

Menjana pendapatan lumayan melalui affiliate marketing bukanlah sesuatu yang mustahil sekiranya dilakukan dengan teknik dan cara yang betul. 

 

Bagaimanapun, ramai affiliate marketer hari ini tidak dapat menjana pendapatan yang bagus kerana kesilapan kecil yang boleh diperbaiki. 

 

Antara kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh affiliate marketer ialah:

1) Tidak mempromosikan produk yang betul

Ramai orang yang menyertai sesebuah program affliliate dengan niat untuk menjana pendapatan sebanyak yang mungkin dengan seberapa segera. Inilah antara sebab kenapa mereka terlepas pandang terhadap fakta bahawa bukan semua produk yang ‘hangat’ itu sesuai untuk mereka promosikan. 

 

Oleh itu mereka tidak sepatutnya memilih produk yang mempunyai permintaan di pasaran tanpa memikirkan adakah produk itu sesuai dengan minat mereka. 

 

Demi menjamin keuntungan yang stabil dan berterusan, seseorang affiliate marketer itu hendaklah memilih produk yang menjadi minatnya.

 

2) Tidak melakukan kajian pasaran dengan baik

Untuk mendapatkan program affiliate yang betul, anda mestilah melakukan kajian yang berkesan: baca artikel, perkembangan affiliate marketing, maklumat review dan blog. Cuba fokuskan terhadap sebuah produk sahaja untuk setiap promosi yang dilakukan.

 

Tidak melakukan kajian keyword yang berkesan akan menghalang anda dari mengenalpasti pasaran manakah yang paling menguntungkan dan produk manakah yang sesuai untuk dijual di Internet. Anda juga hendaklah fokuskan kepada SEO (Search Engine Optimization) yang akan membantu affiliate marketing anda.

 

SEO yang dilakukan dengan baik akan memberikan anda penonjolan yang lebih baik dan jika dilakukan dengan betul, anda akan memiliki laman web yang lebih bernilai dengan peluang lebih tinggi untuk menarik pengunjung. 

 

Langkah yang paling penting dalam kajian keyword yang efektif ialah menghasilkan senarai dan menyemaknya berulang kali. Ini adalah proses yang agak perlahan dan melibatkan beberapa langkah-langkah yang penting. 

 

 

Pertama, anda hendaklah membina senarai keyword yang berpotensi dengan menggunakan teknik brainstorming terhadap mana-mana perkataan atau frasa yang anda fikir akan digunakan oleh pelanggan apabila membuat carian di enjin carian yang relevan dengan produk anda.

 

Kedua, cuba dapatkan perkataan-perkataan yang membayangkan servis yang anda tawarkan itu. Untuk mendapatkan lebih idea, cubalah berbincang dengan kenalan-kenalan atau sanak-saudara anda yang boleh membantu.

 

3) Tidak mencuba produk yang dipromosikan itu

Ini merupakan kesilapan besar yang akan merugikan anda dan menyebabkan usaha promosi anda tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. 

 

Adalah penting untuk anda mencuba sendiri terlebih dahulu produk yang ingin dipromosikan itu. Ini akan membolehkan anda tampil dengan lebih yakin ketika mempromosikannya, di samping dapat menjawab soalan-soalan yang mungkin akan ditanya oleh prospek yang berminat dengan produk tersebut. 

 

Jika anda dapat menjawab soalan-soalan mereka atau dapat menerangkan kelebihan-kelebihan produk itu berdasarkan pengalaman anda sendiri, maka usaha promosi anda itu akan lebih meyakinkan prospek dan ini sudah tentu merupakan satu kebaikan buat anda. 

 

Mencuba dulu produk adalah satu ‘advantage’ buat anda bukan satu kemestian!

4) Gagal untuk mengikuti perkembangan industri produk pilihan anda

Adalah merupakan satu pengetahuan yang umum bahawa kita tinggal di dunia yang perubahan. Hal yang sama juga terjadi di dalam dunia perniagaan internet.

 

Adalah penting untuk anda terus mengikuti perkembangan semasa tentang industri produk pilihan anda.

 

Cara terbaik untuk anda pantau perkembangan industri produk pilihan anda adalah melalui  forum-forum popular, group facebook, laman-laman web membership atau ruang chat.

 

Di sinilah para entrepreneur pemasaran boleh mengenalpasti apakah masalah-masalah yang timbul dalam pasaran semasa.

 

Ingatlah bahawa ini adalah persaingan jadi mengikuti perkembangan industri produk adalah sesuatu yang  sangat penting.

5) Fokus kepada produk semata-mata dan tidak mempunyai laman web

Tidak mempunyai laman web dan blog adalah satu kesilapan umum para affiliate.

 

Ramai yang beranggapan  blog atau laman web tidak lagi releven kerana boleh mempromosikan produk di laman sosial yang percuma.

 

Oleh itu sentiasalah memasukkan bahan-bahan baru ke dalam web anda dan anda harus ingat, laman web anda mempengaruhi laku atau tidak produk yang anda jual.

 

Jika anda inginkan orang ramai datang membeli dari anda, maka cuba ambil pendekatan yang berbeza dari affiliate-affiliate lain, bertindak secara kretif dan inovatif untuk laman web anda. Ingatlah bahawa produk tersebut adalah bonus tambahan kepada pelanggan-pelanggan anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *