buat duit dengan blog
|

Buat Duit Dengan Blog

Betul ke Boleh Buat Duit Dengan BLOG?

Ya … Ramai telah berjaya menjadikan blogging sebagai kerjaya sepenuh masa yang mampu menjana pendapatan yang agak lumayan. 

 

Antara penulis-penulis blog yang terkenal adalah seperti Hanis Zalikha, Saiful Nang dan BeautifulNara yang mempunyai jutaan pembaca dan pengikut.

 

Walaubagaimanapun, untuk membina kerjaya dengan blog, ia memerlukan usaha yang konsisten, fokus dan kesabaran yang tinggi kerana anda tidak akan menjadi kaya dalam sekelip mata. 

Apa Bestnye BLOGGING Ni?

Apa yang menarik berkenaan dengan blogging ini ialah, anda boleh mulakan sebagai hobi dulu. Buat santai-santai… hanya perlu memberi fokus kepada apa yang anda  mahir dan minat. Kongsikan apa yang anda tahu dan anda suka. 

 

Setiap minat dan kemahiran anda itu, berpotensi untuk menjadi sumber pendapatan sampingan jika ia dilakukan secara KONSISTEN dan SABAR. Tidak mustahil suatu hari nanti ia akan bertukar menjadi satu perniagaan yang menguntungkan untuk anda! 

 

Sebagai contoh, anda mungkin seorang peminat kucing. Walaupun anda bukan pakar haiwan, anda boleh je menulis blog berkenaan kucing. Tulis dan kongsi cerita-cerita tentang kucing anda, tips dan cara menjaga kucing, aksi kucing anda atau share video-video youtube berkenaan kucing.  Semua ini adalah kemahiran dan minat yang anda boleh kongsikan dengan pembaca. Kongsi sesuatu yang bermanfaat untuk pembaca anda. Ini akan membuatkan mereka tertarik untuk sentiasa masuk ke blog anda.

[hfe_template id='17761']

1. Buat Duit Dengan Blog Melalui Program Affiliate

Dengan mengambil blog berkenaan kucing tadi..

 

Sebagai permulaan untuk menjana duit dengan blog, anda boleh menyertai program affiliate produk barangan-barangan berkaitan penjagaan kucing. Anda boleh berkongsi info dan beri review setiap barangan yang anda beli untuk kucing anda. Letakkan link affiliate produk berkenaan.

 

Dengan cara ini, selain membantu pembaca anda tentang hobi berkaitan kucing, anda juga boleh membantu mereka dalam memilih   produk yang terbaik . Dalam pada masa yang sama anda boleh menjana wang secara pasif dan mendapat komiyen sekiranya pembaca anda juga turut membeli barangan melalui link affiliate produk tersebut.

 

Program affiliate ini memang sesuai kalau anda baru je nak berblog atau nak buat bisnes online kerana mudah dan pendaftarannya pun percuma je. Tak memerlukan modal pun.   

 

Nak tau info berkenaan Affiliate Klik >> Pemasaran Affiliate 101

 

Lama kelamaan,  bila pengunjung anda sudah ramai, dan anda sudah memperolehi kepercayan daripada pembaca, disini lah anda berpeluang untuk menjadikannya sebagai satu perniagaan pula.  Anda boleh menjual peralatan berkaitan penjagaan kucing atau menghasilkan ebook berkaitan dengan hobi menjaga kucing. 

 

Kalau nak belajar menghasilkan Ebook, anda boleh lihat sini >> Rahsia Penulis Ebook

 

Dengan menjual produk dan menghasilkan ebook sendiri, anda boleh menjana lebih banyak wang berbanding komisyen affiliate.

 

 

[hfe_template id='17761']

2. Buat Duit Dengan Blog Melalui Program Google Adsense

 

Selain daripada menjual barang, anda juga boleh menjana pendapatan melalui Google Adsense. Yang best nya, Google bayar dalam matawang USD. Tapi cara ni agak perlahan, kerana ia bergantung kepada berapa ramai pembaca yang berkunjung ke blog anda.  Walaupun perlahan, lama-kelamaan ia akan menjadi semakin bertambah. Tau-tau je dah ratus-ratus USD..(tak caya..tengok video di bawah)

 

Yang penting untuk permulaan, banyakkan post content dulu..  Minimum 15 post. Lagi banyak lagi bagus.. (content bawah 15 post automatik akan kene reject dengan google adsense).. 

 

Tapi, senang ke nak buat duit dengan Google Adsense ni?

InsyaAllah… Memang senang je buat duit dengan Google Adsense ni, hanya apply dan letak je code yang google berikan di blog. 

 

Tapi seperti yang saya tulis di atas tu, yang penting anda perlu …

Trafik akan datang secara organik (tanpa perlu beriklan) dengan menggunakan kuasa SEO >> Apa Itu SEO

 

Kalau nak cepat, anda juga boleh promosikan blog anda secara percuma atau berbayar di media sosial seperti facebook, instagram  atau melalui forum dan group2 perbincangan yang sesuai dan berkaitan dengan blog anda. 

 

Pasti akan ada orang berminat untuk klik dan terjah blog anda.

Saya pun pernah dapat ...

 Dengan Google Adsense, jumlah duit yang anda akan dapat itu berkadar langsung dengan jumlah trafik yang masuk ke blog anda. Makin tinggi orang masuk blog, makin banyak la google bayar dan makin cepat laa dapat duitnya..!

 Contohnya macam saya… tiba-tiba dapat email dari google bagitau nak pos cek. Nak dapat nilai ini memang lama.. sampai malas dah nak check akaun google adsense hahaha…. tapi tup-tup dapat…Alhamdulillah.. Santai-santai pun boleh dapat, bayangkan kalau anda buat betul2.. Mesti boleh buat lagi banyak!

 

Kalau nak belajar cara apply google adsense 

boleh klik sini >> Panduan Google Adsense (Versi Bahasa Melayu)

 

Jemputlah terjah ke Blog saya >> MySabun.Com

3. Buat Duit Dengan Blog Melalui Sewa Ruang Iklan

Sekiranya blog anda sudah berkembang dan mempunyai ramai pengunjung, anda boleh buka ruang iklan di bahagian blog anda seperti sidebar, top bar atau bahagian lainnya. Anda boleh kenakan bayaran sewa bulanan untuk iklan-iklan tersebut.

 

Anda juga boleh offer buat content post untuk pembaca anda yang berminat untuk mengiklankan produk mereka di blog anda. Kalau ada rezeki, InsyaAllah akan ada penaja (syarikat) yang ingin membayar anda untuk menerbitkan artikel bagi mempromosikan produk mereka. 

 

Ini adalah kaedah hebat untuk menjana duit dari blog.

Nak iklankan di Blog saya?

Jangan risau, saya berikan perkhidmatan percuma je untuk anda mengiklankan produk..

Berminat?

KLIK SINI >> https:// Adjemz.Com

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *