Affiliate vs Dropship
Apa Beza Affiliate & Dropship?
Bagi mereka yang baru berjinak dengan dunia bisnes online seringkali akan terjumpa perkataan “Dropship” dan “Affiliate”. Ramai yang akan bertanya dan membandingkan perbezaan antara kedua-duanya.
- Mana yang sesuai untuk mula?
- Mana yang lagi untung?
- Mana yang lagi best?
Secara asasnya kedua-duanya adalah antara cara untuk memasarkan produk online yang popular. Ia menjadi pilihan kerana ia menawarkan orang ramai untuk mendaftar sebagai peserta/ejen dan berpeluang mendapat keuntungan atau komisyen dari penjualan barangan tersebut. Ejen hanya perlu mempromosikan produk tanpa perlu menyimpan stok.
Walaupun model bisnesnya seakan sama, namun dalam dunia bisnes online beza Affiliate dan dropship agak ketara juga. Terutama dari segi teknik promosi dan penjualan.
Persamaan Affiliate dan Dropship
1. Modal permulaan yang sangat-sangat rendah. (Malah ada yang percuma)
2. Anda tidak perlu menyimpan stok barang.
3. Anda tidak perlu risau dengan masalah barang yang rosak kerana lama tersimpan akibat tidak laku.
4. Anda tidak perlu bersusah payah untuk packing barang dan menghantar barang kepada pelanggan kerana semuanya akan dibuat oleh supplier anda.
5. Anda hanya mempromosi dengan meletakkan gambar produk dan description di email, blog, laman sosial seperti Facebook, Instagram, Group-group WhatsApp/ Telegram atau di laman-laman pengiklanan digital yang lain.
Affiliate
Anda tidak perlu menjadi pakar kepada produk yang anda jual. Tugas anda hanya memperkenalkan produk sahaja melalui link affiliate anda. Kerja anda sememangnya amat mudah kerana tidak perlu melayan pelanggan kerana mereka akan berurusan terus dengan pembekal anda. Kalau barangan rosak, masalah dengan penghantaran ke, anda tak perlu pening kepala!
Tapi yang tak bestnya, anda tidak boleh main harga. Komisyen adalah seperti yang ditetapkan oleh pembekal.
Untuk baca lebih lanjut berkenaan Affiliate boleh klik sini
Dropship
Anda perlu menjadi pakar kepada produk yang anda jual kerana dengan dropship anda akan berurusan secara langsung dengan pelanggan. Perlu menjawap pertanyaan pelanggan bagi meyakinkan pelanggan untuk membeli. Ia akan jadi lebih leceh sekiranya ada masalah berkaitan penghantaran barangan dan menjawab komplain dari pelanggan.
Walaupun begitu, apa yang best adalah anda boleh tentukan sendiri harga jual. Pelanggan membuat bayaran kepada anda dengan harga pasaran yang anda tetapkan. Anda membuat bayaran kepada supplier produk dengan harga agen (harga pasaran – harga ejen = untung).
Nak Fokus Pada Affiliate atau Dropship?
Secara peribadi , saya tidak pernah buat dropship kerana sebelum ini saya menghasilkan produk sendiri. Saya juga beli stok secara borong dan menjual sendiri produk saya. Akibat kepenatan dalam mengurusan pelanggan dan produk menyebabkan saya kini memilih untuk membuat Affiliate sahaja.
Pada saya dengan melakukan affiliate lebih banyak kelebihan saya dapat. Perkara yang paling menarik pada saya ialah teknik pemasaran affiliate lebih santai. Kita tidak perlu terlalu agrasif melakukan promosi. Hanya gunakan email dan blog. Berikan serba sedikit review mengenai sesuatu produk pun dah cukup. Tarik pelanggan melawat website/blog dan gunakan kelebihan SEO untuk jana pelanggan dari google search.
Secara ringkasnya dengan affiliate, saya punya lebih banyak masa lapang dan dapat jana income secara pasif. Buat kerja sekali, income masyuk berkali-kali..
Walaubagaimanapun, ia masih terpulang kepada anda. Sekiranya mahu cuba dua-dua (affiliate dan dropship) pun boleh.Dua-dua boleh diusahakan untuk tambah pendapatan dan tingkatkan ekonomi keluarga.Segalanya terpulang pada diri kita sendiri, nak buat atau tidak.
Buatlah ikut kesesuaian dan keselesaan. Yang penting ada hasil. Apalah gunanya buat banyak-banyak, tapi satu pun tak berhasil..
Seandainya anda ingin buat affiliate, saya menjemput anda untuk join program ini..
Dengan program ini, anda boleh pilih je produk apa yang anda nak promote. Komisyen antara 10% – 50% bergantung pada tawaran pemilik produk.
Program ini bukan hanya menawarkan anda menjadi ejen affiliate sahaja. Anda pun boleh menjual produk anda sendiri dan gunakan kelebihan sistem affiliate yang ada untuk promosikan produk anda juga*.
(*berdasarkan terma & syarat )