Affiliate
|

Pengenalan Kepada Affiliate Marketing

1. Apa itu Affiliate Marketing?

Affiliate Marketing ni adalah satu SISTEM MEMASARKAN PRODUK SECARA ONLINE.

 

Ia merupakan satu bentuk peluang perkongsian keuntungan yang ditawarkan oleh pemilik produk kepada pengguna internet yang lain. Pengguna internet yang berminat dengan peluang tersebut akan mendaftar sebagai agen pemasaran dan dikenali sebagai “agen affiliate”. 

 

Setiap orang yang mendaftar tersebut akan berpeluang mempromosikan barangan yang ditawarkan dan mereka akan dibayar komisyen sekiranya berjaya menghasilkan jualan.

 

Sebenarnya Affiliate Marketing ni tidak hanya terhad pada menjual produk sahaja,  kerana affiliate marketing ini banyak jenisnya. Tapi untuk memudahkan pemahaman anda, saya akan gunakan affiliate yang pay per sale, iaitu di bayar komisyen atas penjualan yang berlaku melalui link affiliate anda.

Tugas Ejen Affiliate ini hanya promote link affiliate masing-masing je. 

Link ni khas dan unik untuk setiap orang. Link Affiliate ini penting sebab ia memudahkan sistem untuk jejak Ejen mana yang menghasilkan jualan. Ejen hanya perlu aktif di media sosial sambil2 copy paste link je. Tak perlu susah payah nak menjawab pertanyaan produk pun. Tau-tau duit masuk bank je. Best kan..?! 

Bayangkan macam ni la…

 

Saya ada bisnes buat ikan masin. Saya nak luaskan lagi pasaran ikan masin ni maka saya buka tawaran untuk jadi agen. Makcik Kiah & Mira Filzi berminat nak jadi agen. Mereka pun register jadi agen saya untuk promosikan ikan masin tersebut.

 

 

Makcik Kiah & Mira Filzi tak perlu bayar satu sen pun untuk jadi agen ikan masin saya tu. Mereka tak beli stok pun. Mereka berdua hanya promosikan pakai iklan FLYER / BROCHURE yang telah saya sediakan je. 

 

Tugas Makcik Kiah & Mira Filzi  hanya berkongsikan flyer tu pada orang ramai sambil cerita betapa bestnye ikan masin kalau makan dengan nasi panas-panas. Jika ada orang teringin nak beli ikan masin tu, orang tu akan terus cari kedai saya.Proses buat ikan masin, bungkus, terima payment, layan pelanggan semua saya yang buat.

 

Satu hari saya dapat order ikan masin dan selepas dijual, saya pun bayar komisyen pada Makcik Kiah.  Mira Filzi masih tak dapat komisyen lagi.

Berdasarkan Cerita ini…

Ejen Affiliate – sesiapa sahaja yang dengan rela hati menyertai program affiliate @ Makcik Kiah & Mira Filzi


Affiliate Link – Flyers yang mereka berdua guna tu.


Afffiliate Manager – Saya la

Anda mesti tertanya-tanya...

Haa.. inilah keistimewaan Sistem Affiliate Marketing.

 

Ia adalah satu sistem yang unik yang mana pihak Affiliate Manager boleh jejak semua rekod jualan, rekod komisen, rekod klik setiap agen affiliate mereka berdasarkan id (pengenalan).

 

Ini kerana setiap Ejen Affiliate mempunyai  link id  @ Affiliate Link  yang berbeza jadi melalui id inilah pihak affiliate manager boleh mengenalpasti siapa yang membawa jualan ke kedainya.

 

Dengan sistem ini, Ejen Affiliate juga dapat lihat semua rekod yang berkaitan dengan hasil jualan dan promosi dia sendiri. Contohnya: Berapa orang pelanggan yang dah masuk kedai melalui link dia, berapa orang yang dah membeli dan berapa jumlah (RM) pembelian yang telah dibuat. 

 

Dengan menggunakan Sistem Affiliate ini , semua urusan Pembekal Produk & Ejen Affiliate dipermudahkan. Masing-masing akan mempunyai dashboard tersendiri dan boleh melihat semua rekod  secara “realtime” – waktu sebenar.

[hfe_template id='17974']

2. Apa Kelebihan Affiliate Marketing?

Affiliate amat sesuai untuk newbie yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes internet ni sebab

3.  Berapa Komisyen Yang Saya Boleh Dapat?

Jumlah komisyen bergantung kepada tuan punya produk. Ada owner yang bayar komisyen masyuukk 60% – 50% dan ada yang sikit je dalam 2% – 10% dari harga produk 

[hfe_template id='17974']

4. Macam Mana Nak Cari Syarikat Yang Offer Program Affiliate?

Anda boleh google je. “Affiliate Program Malaysia” Dan anda akan disajikan dengan  senarai “search result” pelbagai website yang menawarkan program affiliate.

Untuk makluman anda, bukan semua program affiliate yang ada di Malaysia diuruskan sendiri oleh pemiliknya.

Ada syarikat yang uruskan program Affiliate sendiri contohnya Lazada. Ada juga syarikat yang menggunakan khidmat pihak ketiga untuk menguruskan program mereka contohnya Shopee, Zalora dan Watson.

Komisyen syarikat yang menggunakan perkhidmatan pihak ke-3 agak kecil berbanding yang menguruskan sendiri kerana perlu berkongsi % komisyen di antara ejen yang berdaftar dan juga syarikat pengendali program.

Berikut adalah senarai program affiliate terbaik yang boleh anda sertai.

Senarainya seperti berikut:

  1.  Lazada
  2.  HotelsCombined
  3. Involve Asia
  4.  AccessTrade
  5. Klikjer
  6. OrderSini
  7. Zarraz Mall
  8. Onpay
  9. Dhombig
Di post yang akan datang saya akan cuba mengupas setiap satu program yang disenaraikan.
 
 

Nak join yang mana?

Pada saya kalau anda mampu urusan semua link anda, dan boleh tulis ayat power untuk promote produk.. apa salahnya join semua.. 

 
 
Tapi untuk permulaan, nasihat saya tumpukan dulu satu-satu. Anda perlu bina strategi dulu baru mudah untuk anda mempromosikan Link Affiliate anda. 
 
 
Dengan strategi yang betul, InsyaAllah akan tepat kena kesasaran..
 
 
 

Peluang Anda Buat Bisnes Online Dengan Affiliate Marketing

 
Seandainya anda ingin bermula, saya menjemput anda untuk join program ini..

Dengan program ini, anda boleh pilih je produk apa yang anda nak promote.  Komisyen antara 10% – 50%  bergantung pada tawaran pemilik produk.

 

Program ini bukan hanya menawarkan anda menjadi ejen affiliate sahaja. Anda pun boleh menjual produk anda sendiri dan gunakan kelebihan sistem affiliate yang ada untuk promosikan produk anda juga*.

(*berdasarkan terma & syarat )

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *