Sekiranya anda ingin buat atau menempah website, anda mesti akan dengar 2 perkataan ini.
- Domain
- Hosting
Bayangkan anda ingin membuka sebuah kedai. Anda mesti memerlukan sesuatu tapak untuk mendirikan kedai tersebut dan juga alamat untuk mengajak orang untuk datang ke kedai anda.
Begitu juga dengan website. Website boleh diibaratkan sebagai sebuah kedai di ruangan internet. Ia memerlukan domain (alamat) dan juga hosting (tapak)
Apakah itu domain?
Domain adalah alamat yang membolehkan orang lain mencari laman web anda di internet.
Contoh: homebizonline.my , google.com, beritaharian.com
Anda mestilah bijak memilih nama apakah yang sesuai untuk anda letakkan sebagai domain kerana ia boleh dianggap sebagai personal brand untuk anda dan website anda.
Nama yang paling sesuai adalah nama yang pendek serta senang untuk diingati . Anda juga boleh menggunakan nama sendiri sebagai domain.
Apakah itu hosting?
Hosting pula adalah satu tapak dalam sebuah komputer yang bersambung ke internet 24jam. . Ia penting untuk menyimpan semua data dan fail-fail yang berkaitan dengan website seperti gambar, audio, halaman web dan sebagainya.
Tanpa hosting, website anda tidak akan dapat dipaparkan di internet.
Info Lanjut...
Sekiranya anda sedang mencari syarikat pembekal domain dan hosting, boleh klik sini >>