web hosting
|

Senarai Syarikat Penyedia Perkhidmatan Domain & Hosting

Ada banyak pilihan di mana anda boleh beli domain dan hosting untuk bisnes anda. Anda  boleh memilih untuk beli domain dan hosting ini dari syarikat penyedia perkhidmatan (provider) tempatan mahu pun dari luar negara dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:

 

 

  • Mudah berurusan dengan mereka.
  • Servis mereka bagus.
  • Respon support mereka cepat.
 

Bagi memudahkan rujukan anda, saya telah menyediakan Senarai Penyedia Web Hosting yang boleh anda pertimbangkan. Semuanya  berpengalaman, boleh dipercayai (reliable) dan dikenali ramai.

Syarikat Tempatan

1.  iwhost 

Link: https://www.iwhost.com/

2. Exabytes

Link: https://www.exabytes.my/

3. GB Network


Link: https://www.gbnetwork.my/

4. MyDuniaHosting

Link: https://www.myduniahosting.com/

5. Serverfreak


Link: https://www.web-hosting.net.my/

6. DataKL


Link: https://datakl.com/

7. Jimat Hosting


Link: https://secure.jimathosting.com

Syarikat  Luar Negara

1. BlueHost 

Link: https://www.bluehost.com

2. NameCheap  

Link: https://www.namecheap.com/

Saya nasihatkan anda untuk baca review pengguna lain yang telah guna servis mereka terlebih dahulu sebelum anda beli.

Apa Beza Beli Dari Provider Tempatan Dan Provider Luar Negara?

Asasnya, jika anda ingin menghasilkan website untuk rakyat Malaysia, maka lebih baik memilih syarikat provider di Malaysia kerana

 

1. Akses laman web/blog lebih cepat kerana server lebih dekat

2. Sistem support dalam bahasa dan waktu tempatan,

3. Harga dan bayaran dalam ringgit.

4. Pembayaran menggunakan bank tempatan.

Walaubagaimanapun, ramai juga yang memilih untuk membeli dari provider luar negara kerana

 

1. Harga  pakej yang lebih murah berbanding   provider tempatan (berdasarkan ciri-ciri spesifikasi  yang sama ditawarkan)

2. Teknologi yang  lebih kehadapan berbanding provider tempatan.

3. Terma pembayaran yang lebih fleksibel seperti bayaran bulanan 

4. Perlu menggunakan kredit kad atau paypal untuk membuat pembayaran.

Tip Memilih Syarikat Penyedia Hosting Terbaik

1.   Pilih syarikat penyedia hosting yang dikenali ramai dengan servis yang baik, serta pemantauan uptime 24/7.

 Syarikat penyedia hosting yang baik memberikan sokongan 24 jam dan bantuan yang cepat apabila anda memerlukan.

2.   Pilih pakej hosting yang bersesuaian dengan tujuan anda.

 Jika anda hanya memerlukan satu domain, maka pilih sahaja pelan asas atau basic. Manakala jika anda bercadang untuk memiliki beberapa domain pada satu masa, maka pilih pelan yang menawarkan add-on domain atau unlimited domains.

3.   Pilih pakej ruangan simpanan/storage capacity (disk space) dan transfer capacity (bandwidth) yang sesuai dengan penggunaan anda.

 Pada kebiasaannya bagi penggunaan normal, saya cadangkan pilih sekurang-kurangnya ruangan simpanan storage capacity 100 MB dan bandwith 1 GB. Jika laman web anda semakin dikenali ramai dan bertrafik tinggi, maka anda boleh menambah ruangan simpanan dan bandwith bila-bila masa selepas ini.

4.   Pilih pakej yang menggunakan cPanel, mySQL database, phpMyAdmin Access, dan akaun emel. 

Biasanya kebanyakan pakej hosting telah menawarkan ciri-ciri ini.

5.   Pilih harga pakej yang murah dan mengikut kemampuan anda.

 Pada masa sekarang, kebiasaannya anda perlu memperuntukkan min RM 150 atau lebih sedikit untuk memiliki domain dan hosting untuk setahun. Bagi seorang usahawan atau jika anda ingin memulakan perniagaan secara online, maka saya kira ia adalah pelaburan terbaik, modal yang tidak terlalu besar dengan risiko yang rendah.

Pilihan saya adalah iWhost!

Saya mempunyai beberapa blog dan laman web yang kesemuanya dilanggan di iwhost. Syarikat ini menjadi pilihan saya kerana support teamnya yang sememangnya terbaik! Bila saya memerlukan bantuan berkaitan dengan masalah website saya, terutama di waktu-waktu yang tidak dijangka ie. tengah malam, cuti umum.  Setiap kali saya buat report dan submit tiket untuk bantuan. Dalam masa tak sampai 1 jam, email saya akan dijawab dan saya terus dibantu oleh support team mereka sehingga selesai. Kerana inilah saya masih kekal dengan iwhost sejak dari tahun 2015 sehingga ke hari ini.

 

Kesimpulannya

Anda boleh memilih mana-mana syarikat penyedia hosting di atas bergantung kepada kriteria  yang anda inginkan dan juga budget yang anda ada.

 

 

Walaubagaimanapun, jangan terlalu runsing memilih syarikat penyedia hosting. Kebanyakan syarikat provider ini memberi jaminan pulangan wang dalam tempoh 30 hari. Dalam tempoh ini anda boleh mencuba dan menguji support sistem mereka. Pilih yang memberikan support terbaik.  Anda boleh menukar syarikat hosting anda bila-bila masa pun. Sekiranya mereka tidak mencapai standard yang anda mahukan, 

 

Tetapi yang lebih penting, ambillah lebih masa untuk memikirkan nama domain yang terbaik. Domain umpama personal branding untuk anda dan bisnes anda. Pilih nama yang terbaik dan kekalkan nama domain tersebut dengan anda walaupun anda menukar ke provider hosting yang lain.

 

 

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anda memilih penyedia hosting terbaik.

[hfe_template id='17751']

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *